Mantan CEO FINAS Dakwa Dipecat Kerana Siasat Isu Ketirisan Dana
KUALA LUMPUR, 15 Jun 2023 – Tular satu rakaman memaparkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim mendedahkan kezaliman terhadapnya yang dipecat tanpa alasan.
BACA JUGA: Pahang Benar Premis Persendirian Laksana Ibadah Korban Tahun Ini
BACA JUGA: DPPNT Bantah Konsert Galau UMT, Hormat Budaya Islam Tempatan
BACA JUGA: Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO
Dalam video rakaman bertajuk ‘Pecat 8 Jam Tanpa Alasan’, Profesor Nasir menceritakan beliau mendapat notis berhenti kerja pada kira-kira 4.30 petang yang ditandatangani oleh pengerusi FINAS atas arahan seorang menteri.
@sultanasyurtah #pn #pnbest #ph ♬ original sound – Sultan Assyurtah
“Katanya, menteri hendak saya dipecat dan minta pengerusi yang tandatangan surat tersebut,” ceritanya sewaktu menyampaikan ceramah anjuran Perikatan Nasional (PN) di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Beliau mempersoalkan apakah alasan beliau dipecat.
“Saya telah membawa pelaburan bernilai RM1.04 bilion (menerusi) penggambaran filem luar negara di sini yang membuka banyak peluang pekerjaan tenaga tempatan.”
“Kenapa saya yang menjadi mangsa apabila cuba membongkar isu ketirisan dana FINAS dari 2015 hingga 2016 yang membabitkan 47 syarikat penerbit filem?” soalnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata tiada tindakan yang diambil kerana projek filem penerima dana gagal disiapkan dan orang yang menguruskannya dan patut disiasat telah dilantik semula sebagai Pengerusi FINAS.