Tempatan

Penunggang Ducati Terhumban Dari Flyover: Polis Minta Bantuan Media Kesan Suspek

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2023 – Polis memohon bantuan rakan media dan orang awam bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kemalangan maut penunggang Ducati di Lebuhraya SUKE baru-baru ini.

“Berkait dengan kemalangan yang telah berlaku pada 14/06/2023 jam kurang 1310hrs di atas jejambat KM 222 Lebuhraya SUKE (Susur Hulu Klang) dari arah Ampang menghala ke Hulu Klang. Pihak polis sedang giat menjalankan usaha bagi mengesan suspek yang dipercayai menunggang motosikal jenis berkuasa rendah, memakai jaket warna terang dan bertopi keledar warna gelap,” kata Polis Kontinjen Selangor dalam satu hebahan media.

Oleh itu, pihak polis menggesa rakan-rakan Media serta orang awam bagi membantu siasatan dengan membuat hebahan.

BACA JUGA: ‘Formula’ B40, M40, T20 Dihapus Tahun Depan

BACA JUGA: Mantan CEO FINAS Dakwa Dipecat Kerana Siasat Isu Ketirisan Dana

BACA JUGA: Pahang Benar Premis Persendirian Laksana Ibadah Korban Tahun Ini

Dalam masa sama, “Jika ada saksi atau rakaman kamera dashcam di lokasi kemalangan, diminta saksi yang berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan pihak polis.”

Tegas Polis Kontinjen Selangor lagi, saksi kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Insp Muhamad Yusaiful Bin Muhamat Basir di talian 011-1307 8348.

14 Jun lalu, warga media sosial dikejutkan dengan kemalangan maut ngeri membabitkan seorang penunggang motosikal Ducati di Kilometer 22.2 susur Hulu Klang, Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Ducati Panigale yang ditunggangi oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an sedang melalui jalan selekoh di lokasi kejadian.

“Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentang di bahu sebelah kanan jalan dalam keadaan melawan arah jalan lalu menyebabkan penunggang m/sikal jenis Ducati Panigale itu cuba untuk mengelak lalu terus melanggar penghadang sebelah kiri jalan.”

“Kesan daripada perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian lebih kurang 30 meter.”

Tambah beliau, motosikal yang ditunggang mangsa terseret ke tengah jalan dan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) Sungai Klang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: