Tempatan

Ajaran Sesat ‘Si Hulk’: Lantik Pakar Akidah Pulihkan Ketua & Pengikut – Presiden ASWAJA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2023 – “Perlu ada pakar akidah yang dilantik pihak berkuasa agama negeri supaya pengikut serta ketua ajaran Si Hulk ini boleh dipulihkan secara akidah,” kata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin.

Menurut beliau, ajaran tersebut perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Kata beliau yang juga pakar deradikalisasi, ajaran tersebut sudah terlalu menyimpang daripada akidah sebenar di mana ia turut mendakwa bahawa Nabi Muhammad S.A.W sebagai tuhan.

BACA JUGA: Bahasa Tambahan: Prioriti Perlulah Betul, PMX Digesa Gerakkan Inisiatif Perkasa Bahasa Kebangsaan

BACA JUGA: Kambing Tiada Tanduk 1975 : Surat Terbuka Kepada Menteri KKD

BACA JUGA: Selaras Modul Pendidikan Tahfiz, Madrasah Melalui SPM Atau STAM

Malah, ajaran itu turut mendakwa bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak mempunyai jantina, di mana mereka turut mentafsir sendiri sebuah hadis dengan menyatakan bahawa baginda tidak mempunyai kemaluan dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak berkuasa agar terus cakna akan perkembangan ajaran terbabit supaya sebarang bentuk dakyah songsang dapat dikekang.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan bahawa ahli ajaran sesat ‘Si Hulk’ dipercayai masih bergiat aktif terutamanya mereka yang remaja menerusi media sosial.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung ajaran berkenaan agar melaporkannya dengan segera kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Menurut beliau, ajaran tersebut telah pun difatwakan sesat dan menyeleweng oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-117 pada tahun 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: