Tempatan

“Carilah Guru Yang Benar-Benar Berilmu Dengan Ilmu Yang Benar” – Ustaz Elyas Ismail

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2022 – “Carilah guru yang benar-benar berilmu dengan ilmu yang benar,” demikian pesanan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Elyas Ismail dalam satu ceramahnya yang dimuat naik di YouTube @Ustaz Elyas Ismail OFFICIAL berkenaan isu ‘ustaz dan ustazah’ yang mengeluarkan fatwa yang pelik-pelik.

Memetik sebuah hadis, beliau menjelaskan bahawa, “Nabi ada menyebut bahawa puak-puak seperti ini tidak akan berdiam diri dan apabila ditanya saja soalan, maka mereka akan memberikan fatwa dengan penuh kejahilan dan tidak berilmu . Pada akhirnya, dia itu sudah sememangnya sesat dan menyesatkan orang ramai. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).”

Ustaz Elyas Ismail juga berkongsi sepotong ayat dari surah An-Nahl ayat 116, “Jangan engkau menyebut dengan lidahmu secara bohong, ini halal, ini haram untuk mengada-ngadakan kebohongan terhadap Allah”.

“Allah ajar, engkau jangan sesuka hati hendak halal, haram,” jelas beliau.

Tambah beliau, peribahasa “Patah tumbuh hilang berganti itu tidak jadi dengan ulama, tidak, sebab ulama yang sedia ada jangan diabaikan kehidupan mereka, hargailah ilmu-ilmu mereka kerana meninggalnya seorang ulama sukar diganti sehingga memakan tahun.”

Terkadang manusia tidak boleh membezakan kaca dan permata ditambah pula di Malaysia banyak ajaran-ajaran sesat dengan membawa hujah-hujah yang dahsyat sehinggakan penguat kuasa agama sendiri tidak terjawab dengan soalan-soalan mereka, dedah beliau.

“Emas itu kuning tapi bukan semua yang kuning itu emas. Dalam tandas tuan-tuan banyak yang kuning-kuning itu, tapi bukan emas. Itu kapal selam namanya. Hati-hati, jangan terkeliru jadi akhirnya kita mengikut sahaja apa dia cakap, jangan.” Pesan Ustaz Elyas Ismail.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: