Tempatan

Mufti NZ Gesa Umat Islam Jauhi Kumpulan Sihulk, Komuniti Bantah Pemberian Suaka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Ogos 2023 – Mufti New Zealand Sheikh Muhammad Amir mengingatkan umat Islam New Zealand supaya menjauhi kumpulan ajaran sesat SiHulk serta tidak terpengaruh dengan dakyah songsang mereka.

Ujar beliau, pihaknya menyedari kewujudan kumpulan tersebut dan langkah pemantauan sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, jelasnya, “Untuk meletakkan kawalan atau mengambil tindakan terhadap kumpulan ini, kita tidak mempunyai kuasa kerana New Zealand adalah negara yang mengamalkan keterbukaan.”

BACA JUGA: Shopee Hapus Serta-Merta Penjualan Air Minuman SiHulk

BACA JUGA: Pemancing Temukan Barang Kemas Lama Era Ratu Victoria Di Lipis

BACA JUGA: Kes Nik Elin: JHEAIK Diarah Jadi Pencelah

“Apa yang boleh kita lakukan adalah menyebarkan maklumat berhubung kumpulan terbabit supaya tidak ada umat Islam di negara ini yang terjebak dengan fahaman songsang mereka,” katanya lagi.

Pada masa sama, komuniti Islam New Zealand juga telah menghantar notis kepada Kerajaan negara berkenaan bagi membantah pemberian suaka, mendesak agar akaun yang mempunyai hubung kait dengan kumpulan SiHulk dibekukan, mengharamkan penjualan produk minuman mereka sekali gus melabelkan kumpulan SiHulk sebagai ancaman terhadap umat Islam New Zealand.

Perkara itu didedahkan oleh sumber keselamatan yang memaklumkan bahawa komuniti Islam di situ tidak senang dengan kewujudan mereka, terutamanya berhubung ajaran dan fahaman songsang yang dibawa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: