Tempatan

YPPM Gesa Isytihar Pondok Pesantren Di Jawa Barat Sebagai Sesat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 26 Mei 2023 – Kerajaan digesa mengisytiharkan sebuah pondok pesantren di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini sebagai sesat.

“Kalau boleh, kita minta Kerajaan Perpaduan segera isytihar bahawa pondok pesantren itu sebagai ajaran sesat dan tidak dibenarkan memasuki Malaysia demi kemaslahatan umat Islam,” kata Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Malah, beliau turut melarang umat Islam di negara ini dari terlibat dengan sebarang aktiviti yang melibatkan pusat pengajian tersebut.

BACA JUGA: Jemput Pelajar Tonton Cerita Anwar, “Siapa Tanggung Kos?” – Apek Cina

BACA JUGA: MAKLUMAN: Jalan Lebuhraya SILK-Kajang Ditutup 2 Hari

BACA JUGA: Tuntutan Sulu Ancam Keselamatan Negara, Laporan Polis Dibuat

Jelas beliau, perkara ini perlu dihebahkan kepada umat Islam supaya mereka berhati-hati serta tidak mengundang mana-mana penceramah dari pondok berkenaan atau pernah belajar di pondok tersebut.

Hal ini kerana, beberapa perbuatan membabitkan pesantren berkenaan yang dipercayai bertentangan dengan akidah Islam menjadi bukti jelas bahawa ajaran yang dibawa sesat dan menyeleweng.

Dalam masa yang sama, pihak YPPM turut akan mengeluarkan artikel bagi memaklumkan kepada semua pondok di Malaysia supaya menyedari bahawa pondok pesantren tersebut sesat dan terpesong dari ajaran Islam sebenar, ujar beliau.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan ramai rakyat Malaysia menghadiri majlis ‘menyanjungi Israel’ di Pondok Pesantren Al-Zaytun, Jawa Barat, Indonesia, tahun lalu.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan pondok tersebut melaksanakan solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jemaah kelihatan solat berjarak seperti semasa pandemik COVID-19 tetapi bercampur lelaki dan wanita dalam satu saf.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: