Tempatan

Perak Tak Mampu Bekal Air Ke Pulau Pinang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 05 Mac 2022 – Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar (MB) Perak memaklumkan bahawa Perak tidak dapat membekalkan air mentah kepada Pulau Pinang kerana sumber air sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat di Perak.

“Kami memohon maaf dan bersimpati terhadap masalah yang dihadapi Pulau Pinang. Kami tak dapat membantu Pulau Pinang dalam hal ini.” Ujarnya seperti yang dilaporkan Malay Mail.

“Tidak wajar kalau kami sumbangkan air ke negeri lain dengan mengambil sumber air rakyat negeri (Perak) sendiri.” Tambahnya lagi.

Beliau menyatakan krisis kekeringan kawasan Tadahan Hujan di kawasan perladangan Kerian, Bukit Merah, adalah sebuah petanda yang Perak sendiri sedang mengalami krisis bekalan air.

MB Perak tersebut turut menegaskan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) enggan membekalkan air dari Empangan Chenderong kerana ia akan menjejaskan empangan tersebut.

“TNB juga tak akan setuju untuk bekalkan air dari empangan-empangan ke Pulau Pinang kerana ia akan menjejaskan fungsi empangan tersebut.” Tegasnya.

Hal ini susulan sebuah kajian yang dijalankan antara Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air, di mana hasil kajian tersebut mendapati Perak sendiri sedang mengalami masalah kekurangan air, dan tidak mampu menyumbang air kepada Pulau Pinang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: