Tempatan

Pulau Pinang Catat 93% Peningkatan Kes Demam Denggi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 27 September 2022 – Pulau Pinang mencatatkan peningkatan kes demam denggi sebanyak 93.2 peratus iaitu 595 kes sehingga 24 September lalu, menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ma’arof Sudin.

Peningkatan lebih 93 peratus itu adalah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021 yang mencatatkan 308 kes.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan peningkatan mendadak itu mencatatkan sifar kematian membabitkan kes denggi pada tahun ini.

Datuk Dr Ma’arof Sudin turut memberitahu berkenaan kejadian wabak denggi, di mana sehingga kelmarin sebanyak 42 wabak dilaporkan, berbanding dengan tujuh wabak pada tempoh yang sama pada 2021.

“Daripada 42 wabak denggi yang dilaporkan, 33 wabak telah tamat manakala sembilan wabak masih aktif,” jelas beliau.

Januari lalu, Selangor mencatatkan statistik 1,730 untuk kes terkumpul bagi penyakit denggi mengikut pecahan negeri.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, trend penularan kes denggi diramal akan terus meningkat, pada akhir Disember ini dan berterusan hingga Januari 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: