Tempatan

Pekerja Ladang Windsor Berkeras Kekal di Tanah Syed al-Bukhary

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 08 April 2022 – 3 orang pekerja Ladang Windsor yang terletak di Kamunting, Perak, baru-baru ini telah berkeras untuk mendiami kawasan ladang tersebut walaupun telah diarahkan untuk beredar semenjak 2019 lagi.

Ladang tersebut diuruskan oleh Tradewinds Plantech Sdn Bhd bagi pihak Malakoff Corporation Bhd, sebuah syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Menurut sosialis.net, pada asalnya, syarikat pengurusan ladang tersebut menamatkan perkhidmatan 6 orang pekerja yang telah melebihi usia persaraan dan diarah mengosongkan penempatan mereka

3 orang daripada pekerja yang dihentikan tersebut mendiami penempatan dalam kawasan ladang tersebut.

Namun, pekerja-pekerja tersebut telah menubuhkan sebuah jawatankuasa dengan ahli seramai 25 orang ketika itu memohon supaya sebuah skim perumahan diberikan kepada mereka.

Jawatankuasa tersebut kemudiannya menghantar surat kepada pihak pengurusan ladang pada 31 Disember 2019 memohon supaya skim perumahan diberikan kepada mereka.

Pada bulan Julai 2020, syarikat pengurus ladang terbabit mengeluarkan notis pengusiran terhadap 3 pekerja berkenaan, diikuti dengan sebuah lagi notis pengusiran sebulan kemudian.

Pada Rabu baru-baru ini, Parti Sosialis Malaysia menyatakan dalam sebuah ciapan bahawa perbincangan telah diadakan antara bailif dan aktivis masyarakat yang terlibat.

Turut dimaklumkan bahawa peguam syarikat pengurus Ladang Windsor akan cuba berbincang dengan pekerja-pekerja terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: