Antarabangsa

Loji Janakuasa Nuklear Terbesar Eropah Terbakar Diserang Rusia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KIEV, 05 Mac 2022 – Dalam pertempuran sengit antara Rusia dengan tentera negara Ukraine, satu kebakaran besar telah tercetus di loji nuklear terbesar Eropah di Zaporizhzhia, Ukraine.

Memetik kenyataan Kementerian Tenaga Atom Ukraine, unit penjanaan di loji nuklear Zaporizhzhia terjejas ketika serangan tentera Rusia selain sebahagian daripada stesen janakuasa itu turut terbakar.

“Unit kuasa pertama sudah terjejas setakat ini”, menurut kementerian tersebut, dan keadaan itu dibimbangi boleh membawa kepada bencana nuklear sekiranya kebakaran merebak ke bahagian reaktor.

Ini kerana, enam loji terbesar daripada 15 reaktor nuklear di Ukraine terletak di loji Zaporizhzhia dan sekiranya satu daripada reaktor tersebut terbakar, ia boleh mengakibatkan bencana di Eropah yang lebih buruk berbanding peristiwa letupan loji nuklear Chernobyl sebelum ini.

Terkini, kebakaran di loji nuklear terbesar Eropah akibat diserang tentera Rusia itu berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba Ukraine.

Selain itu, hasil pemantauan yang dilakukan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memaklumkan tahap radiasi di loji tersebut tidak berubah.

 

Leave a Reply

Back to top button