Tempatan

Paras Air Empangan Kenyir Terkawal – TNB

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA TERENGGANU, 31 Disember 2021 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) beri jaminan paras air di empangan hidroelektrik di Stesen-Stesen Janakuasa Kenyir TNB Genco berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah setakat hari ini.

Pemantauan secara berterusan terus dijalankan dan maklumat yang berkaitan akan disalurkan kepada pihak berkenaan secara berkala.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video kononnya berlaku kejadian air deras di Tasik Kenyir.

Perkara ini dinafikan oleh TNB. Menurut TNB, sungai di dalam video tersebut adalah Sg Telemong yang berdekatan dengan Gawi, di mana aliran Sg Telemong tidak mengalir masuk ke Tasik Kenyir.

“Setakat ini, paras air di empangan Tasik Kenyir masih di paras selamat dan terkawal,” kata TNB.

Berikutan itu, TNB menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan berita palsu kerana boleh mencetuskan suasana cemas serta panik di kalangan masyarakat.

Dalam perkembangan lain, TNB memaklumkan kawasan-kawasan di tiga negeri ini masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Selangor – Shah Alam (Lot 25 Axis &
Lot 3 Axis), Negeri Sembilan – Seremban (Celcom & Telapak Buruk) dan Kuala Lumpur (Padat JPS Batu Muda).

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Leave a Reply

Back to top button