Tempatan

Irdina Shahriman Harumkan Nama Malaysia, Peroleh Kelas Pertama Di Virginia Tech

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 April 2022 – Irdina Shahriman, telah mengharumkan nama Malaysia selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang di Virginia Tech, Amerika Syarikat.

Selain mendapat anugerah Kelas Pertama CGPA 4.0, pelajar dari Malaysia yang berusia 24 tahun ini juga dianugerahkan pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan, anugerah yang diberikan kepada graduan senior dengan pencapaian akademik tertinggi.

Irdina Shahriman yang mengikuti Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional mencapai purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 secara konsisten di dalam Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik dari 2018 hingga 2021.

“Saya bukan seorang ‘genius’ secara semula jadi, jadi saya bekerja keras. Saya tidak ponteng kelas, saya mengambil nota dengan tekun, dan yang lebih penting, saya mengambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan sekelas saya, yang benar-benar meningkatkan pemahaman saya tentang subjek itu,” kata gadis muda ini menurut The Star.

Selain itu, sifat tabah dan percaya pada diri telah membantunya mengatasi rasa takut mencuba dan melakukan kesilapan.

Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr Noraini Ahmad juga mengucapkan ucapan tahniah kepada gadis yang berasal dari Subang Jaya, Selangor ini.

“Tahniah diucapkan buat Irdina Shahriman, pelajar Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional di atas pencapaian cemerlang Kelas Pertama (CGPA 4.0) Sarjana Muda Kejuruteraan Kuasa Elektrik Pengkhususan Tenaga dan Sistem Kuasa Elektronik Virginia Tech, Amerika Syarikat dan Anugerah Phi Kappa Phi Medallion 2021.”

Dimaklumkan, Irdina kini sedang menunggu penempatan kerja di Tenaga Nasional Berhad.

Leave a Reply

Back to top button