Tempatan

Air Naik Mendadak, 30 Krew Filem Antarabangsa Terperangkap Di Gua Tempurung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GOPENG, 27 Oktober 2022 – 30 kru penggambaran filem antarabangsa yang terperangkap di belakang Gua Tempurung di Gopeng, Perak selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat berjaya diselamatkan dan dibawa keluar.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, keseluruhan kru berkenaan berjumlah 80 orang dan 30 yang terperangkap dalam kejadian yang berlaku petang semalam adalah warga tempatan serta Singapura.

“Semua mangsa terperangkap kerana air naik secara mendadak ke kawasan alur air di dalam gua dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter.”

“Mangsa terbabit adalah kru penggambaran filem ‘Bursting Point’ membabitkan syarikat perfileman antarabangsa dari Singapura yang menjalankan penggambaran,” kata Datuk Mohd Yusri.

Ujarnya, pihaknya menerima maklumat pada jam 4.10 petang semalam memaklumkan ada orang awam terperangkap di belakang Gua Tempurung berikutan peningkatan paras air.

Susulan laporan, beliau bersama sepasukan anggota Task Force dari Balai Polis Gopeng dan Kota Bharu melawat tempat kejadian di kawasan belakang Gua Tempurung.

Dalam laporan berlainan, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut berkongsi kelegaan selepas 30 kru filem tersebut berjaya diselamatkan.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan oleh Komander Operasi bahawa kesemua 30 mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.”

“Terima kasih pasukan penyelamat bomba dan polis Gopeng,” katanya dalam kemas kini situasi berkenaan di ruang komen hantaran di Facebook, malam semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: