Antarabangsa

Gunung Berapi Terbesar Dunia Gegar, ‘Kiamat Kecil’ Jika Meletus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HONOLULU, 17 Oktober 2022 – Gunung berapi terbesar di dunia dilanda gempa bumi berukuran 5.0 skala Richter dan dikhuatiri bakal mencetuskan ‘kiamat kecil’ sekiranya ia meletus, lapor sebuah portal berita tempatan.

Lapor portal itu, gunung berapi Mauna Loa mengalami satu siri gegaran yang disertai dengan gempa bumi berukuran 4.6 magnitud beberapa saat sebelum gempa bumi yang lebih besar berlaku.

“Kedua-dua gempa bumi yang berlaku dalam tempoh 24 saat itu mewujudkan gegaran susulan dalam tempoh yang lebih lama dan berkemungkinan dengan kekuatan yang lebih besar,” jelas Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii.

Menurutnya, gegaran akibat gempa bumi yang lebih besar dikhuatiri mampu untuk mendatangkan kemusnahan mega terutamanya kepada bangunan lama.

Susulan peningkatan aktiviti seismik itu, Taman Negara Gunung Berapi Hawaii menutup sementara kawasan pedalaman puncak Mauna Loa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: