Tempatan

Mahkamah Larang Najib Hadiri Sidang Parlimen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 – Mahkamah Tinggi hari ini menghalang Datuk Seri Najib Razak mencabar keputusan Jabatan Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat penggal ini.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran itu, selepas mendapati permohonannya kini bersifat akademik, berikutan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

Katanya, pembubaran Parlimen itu sekali gus membuatkan Najib bukan lagi Ahli Parlimen Pekan dan menjadikan perisytiharan yang dimohon oleh Najib bukan lagi isu yang boleh dipertimbang oleh mahkamah.

“Sehingga pengampunan diberikan, tiada kemungkinan untuk pemohon menjadi Ahli Parlimen kerana undang-undang tidak membenarkan seorang banduan untuk bertanding dalam pilihan raya umum.”

“Oleh itu, saya menolak permohonan ini kerana ia remeh dan menyusahkan,” katanya.

Terdahulu, Najib memfailkan permohonan mahu mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara yang disampaikan melalui Penjara Kajang pada 28 September lalu, menolak permohonannya menghadiri sidang Parlimen atas alasan keselamatan.

Melalui notis permohonannya, Najib memohon antaranya perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkannya untuk mendapatkan akses kepada pegawai atau pembantu, bagi tujuan menjalankan kerja di kawasan parlimennya.

Beliau juga memohon perintah sama untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkan hadir pada persidangan Dewan Rakyat.

Turut dimohon, perintah mandamus supaya responden mengambil semua langkah perlu untuk membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat pada tarikh yang sudah ditetapkan serta relif, perintah dan lain-lain arahan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: