Tempatan

Lafaz Rukun Negara Bakal Berkumandang Pada Pembukaan Setiap Penggal Parlimen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 November 2023 – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada hari ini mengatakan bahawa Rukun Negara akan dilafazkan sepenuhnya di Parlimen pada pembukaan setiap penggal.

Menurut beliau, pelaksanaan itu telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembinaan Negara Bangsa dan Jawatankuasa Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Kata beliau kepada Parlimen sebelum Sesi Soal dan Jawab hari ini, beliau telah pun menerima usul daripada Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang mencadangkan Rukun Negara dibacakan sepenuhnya, bermula dengan mukadimah (preamble) dan diikuti dengan lima prinsip di Dewan Rakyat.

Beliau membawa perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pembinaan Negara Bangsa dan Jawatankuasa Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia dan kedua-duanya telah bersetuju untuk melaksanakan bacaan tersebut.

Beliau seterusnya mengesyorkan agar lafaz Rukun Negara itu dilaksanakan pada setiap pembukaan penggal Dewan Rakyat iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama bagi setiap penggal Parlimen.

Untuk rekod, Rukun Negara yang turut dieja dengan Rukunegara merupakan lima prinsip kebangsaan Malaysia yang digubal untuk menggalakkan perpaduan selepas berlakunya tragedi 13 Mei suatu ketika dahulu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: