Tempatan

Status Agama Anak Loh Siew Hong Akan Diketahui 1 Ogos

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan permohonan semakan kehakiman ibu tunggal, Loh Siew Hong terhadap status penukaran agama secara sepihak anak-anaknya akan diketahui pada 1 Ogos 2022, lapor The Malaysian Insight.

Srimurugan Alagan yang merupakan peguam kepada Loh Siew Hong memaklumkan bahawa tarikh itu telah ditetapkan semasa prosiding dalam talian semalam di hadapan Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

BACA: Perlis Perlu Murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

BACA: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

“Prosiding hari ini bagus dan kami menjangkakan hasil yang positif pada 1 Ogos. Jika kebenaran untuk semakan kehakimannya diberikan, saya menjangkakan pendengaran kes akan berlaku menjelang akhir tahun ini,” ujar beliau.

Beliau yang yakin mengenai hal ini memberitahu ia disebabkan oleh kes Loh adalah mengenai penukaran agama sepihak kanak-kanak di bawah umur, yang mana Mahkamah Persekutuan sebelum ini memutuskan bahawa isu ini dikira tidak sah apabila berpandukan kes yang dibawa oleh kes M. Indira Gandhi.

Sebelum ini, Loh Siew Hong pada 25 Mac telah memfailkan permohonannya untuk melakukan semakan kehakiman dengan menamakakan Pendaftar Mualaf Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri sebagai responden.

Dalam pada itu, beliau juga pernah memohon pengisytiharan bagi ketiga-tiga orang anaknya yang di bawah umur serta beragama Hindu. Bekas suaminya, M Nagahswaran juga tidak memiliki sebarang keupayaan dari segi undang-undang untuk membenarkan pihak pendaftar mendaftarkan anak-anak mereka sebagai mualaf tanpa persetujuannya.

Menurut laporan yang diterbitkan The Malaysian Insight, ibu tunggal tersebut turut memohon perintah certiorari bagi membatalkan pengisytiharan penukaran agama anak-anaknya yang memeluk Islam pada tarikh 7 Julai 2020, yang dikeluarkan oleh pendaftar atas nama anak-anaknya; kad lain berhubung penukaran agama yang dikeluarkan oleh pihak lain; dan, menghalang mana-mana pihak daripada mengeluarkan kad tersebut.

Beliau turut memohon perintah mandamus yang memaksa pendaftar membatalkan atau memadam nama Islam kanak-kanak tersebut dalam pendaftaran dan memohon perintah larangan bagi menghalang Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengelurkan sebarang kenyataan yang menyatakan bahawa anaknya adalah mualaf mahupun Islam.

Selain dari pelbagai permohonan yang dibuat oleh Loh, terdapat satu lagi permohonan di mana, beliau memohon pengisytiharan Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 yang memberi kuasa kepada pendaftar untuk mendaftarkan anak sebagai mualaf dengan persetujuan sama ada bapa atau ibu walaupun kedua-duanya masih hidup, adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Untuk rekod, Loh telah mendapat perintah mahkamah pada Februari lalu yang memaksa Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melepaskan anak-anaknya dan kembali ke dalam jagaannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: