Tempatan

Himpunan Solidariti PEMBELA Bersama 3 Anak Mualaf Esok!

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 20 Februari 2022 – “Saya ingin mengajak orang ramai, untuk turun bersolidariti menunjukkan sokongan terhadap usaha jabatan agama Islam, agensi dan NGO-NGO dalam mempertahankan aqidah anak-anak tersebut memandangkan terdapat pelbagai pihak dan ahli politik mempertikaikan keislaman anak-anak tersebut.” Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahya, mengeluarkan satu kenyataan mengajak semua agensi, NGO dan umat Islam yang prihatin, untuk secara bersama menyertai satu himpunan solidariti yang akan diadakan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: MCCBCHST Desak Murtadkan Anak Mualaf

Ia berkenaan isu kontroversi percubaan pelbagai pihak yang menggerakkan usaha untuk mengembalikan tiga orang anak seorang Mualaf yang berkemungkinan akan dikembalikan ke agama asal mereka.

“Pihak ibu, melalui peguamnya telah memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes Loh akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah…

Malah, arus desakan agar anak-anak tersebut dimurtadkan semula semakin kuat walaupun mereka masuk Islam secara sukarela. Kes ini menjadi semakin panas apabila pelbagai pertubuhan Bukan Islam menggerakkan pelbagai bentuk desakan termasuk menjalankan kempen-kempen yang dilihat ramai pihak cuba menyentuh isu sensitif termasuk masuk campur mengenai urusan pentadbiran Agama Islam di negeri Melayu yang bernaung di bawah Raja Negeri.

“InsyaAllah, esok saya akan turun ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk Pendengaran Habeas Corpus bagi kes anak-anak Mualaf Perlis yang sedang menjadi perhatian nasional ketika ini.”

Himpunan akan diadakan pada jam 9 pagi di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 21 Feb 2022.

Leave a Reply

Back to top button