Tempatan

Imigresen Terus Buru Warga Asing, Elak PATI Tinggal Lebih Masa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) secara berterusan melaksanakan operasi memburu warga asing yang didapati tinggal di Malaysia lebih masa, ujar Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dalam Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga baru-baru ini.

Beliau memaklumkan, jumlah bilangan pelancong China dan India yang masuk dengan kemudahan pengecualian visa 30 hari daripada 1 Januari sehingga 31 Mei 2024 adalah seramai jutaan orang.

Justeru, Kerajaan mengambil langkah penguatkuasaan bagi menangani kes-kes tinggal lebih masa yang dilaksanakan oleh JIM.

Selain operasi penguatkuasaan, Program Repatriasi Migran turut dilaksanakan bermula 1 Mac 2024 sehingga 31 Disember 2024, di mana program ini menggalakkan warga asing yang tinggal lebih masa menyerah diri untuk proses pulang ke negara asal tanpa tindakan pendakwaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: