Tempatan

Gula-Gula Gelatin Babi Logo Halal, Penjelasan JAKIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 – Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa logo halal yang digunakan oleh produk manisan Soft Candy With Jam adalah tidak diiktiraf oleh pihak JAKIM.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pihaknya susulan dihujani dengan pertanyaan dari para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan tersebut rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.

Dalam pada itu, produk yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region selain telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan Halal Malaysia.

Justeru, JAKIM telah mengeluarkan pemakluman di laman Facebooknya mengenai status logo halal yang digunakan oleh produk tersebut adalah tidak diiktiraf JAKIM sekali gus menyatakan bahawa tindakan pengeluar produk tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.

Selain itu, pihak JAKIM itu juga menasihatkan pengguna Muslim untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang pembelian dan transaksi.

“Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel [email protected] atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel [email protected] / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/.”

Selain itu, orang ramai yang ingin mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, boleh melayari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: