Tempatan

64 Kawasan Tiada Elektrik Lagi Bermula Ahad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 08 Oktober 2022 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan notis gangguan bekalan elektrik sementara melibatkan 64 kawasan sekitar Ladang Kundang, Selangor bermula jam 09:00 pagi hingga 06:00 petang, Ahad ini, 09 Oktober 2022.

TNB melalui kenyataan Facebook memaklumkan, gangguan tersebut adalah berikutan pelaksanaan kerja-kerja Hentitugas Berjadual yang dijalankan di sekitar kawasan ladang tersebut.

Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

WhatsApp-Image-2022-10-07-at-21.47.22.jpeg?resize=297%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

WhatsApp-Image-2022-10-07-at-21.47.22-1.jpeg?resize=295%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1 WhatsApp-Image-2022-10-07-at-21.47.23.jpeg?resize=300%2C159&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Untuk keselesaan para pelanggan, kami mencadangkan agar persediaan awal dapat dilakukan untuk menghadapi gangguan bekalan ini. Pihak TNB akan mengambil setiap langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan ini berlaku dalam tempoh paling minimum,” maklum TNB dalam kenyataannya.

Berkongsi tips keselamatan, TNB menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutamanya ketika berlakunya gangguan bekalan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.

“Sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454. Sebarang kesulitan semasa kerja-kerja ini amat dikesali,” maklum kenyataan sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: