Tempatan

Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 14 Julai 2023 – Sebuah persatuan terbesar masyarakat Cina di Pulau Pinang telah melancarkan satu kempen bagi memastikan Ketua Menteri Negeri itu tetap dalam kalangan orang Cina selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut laporan media, Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, yang sekian lama dianggap sebagai persatuan berasaskan perniagaan dan budaya mewakili masyarakat Cina telah menjemput media untuk membuat liputan sidang media bertajuk “Sokong Kesinambungan Ketua Menteri Cina Pulau Pinang” di George Town hari ini.

BACA JUGA: Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam

BACA JUGA: Bolehkah, Pencuri Tuntut Hak Harta Yang Dicuri Atas Alasan Hak Asasi Manusia – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Pemimpin Sokong Penceroboh Perosak Negara – Hj Aminuddin Yahaya

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga hak dan kepentingan masyarakat Cina di Pulau Pinang,” kata jurucakap acara itu sambil mengesahkan laporan itu.

Ironinya, kempen itu dilancarkan ketika ‘gelombang hijau’ masih kuat diperkatakan.

Sebelum ini, Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng yang memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang bahawa ‘gelombang hijau’ akan menginjak-injak hak agama dan budaya orang bukan Islam jika ia berlaku.

Lim juga mengecam sesiapa sahaja di Pulau Pinang yang menyokong “gelombang hijau” sebagai pengkhianat.

Kenyataannya itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, yang menggesa polis menyiasat bekas Ketua Menteri itu kerana menghasut.

Susulan itu, satu siasatan berhubung perkara itu dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505b Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: