Antarabangsa

Pemerhati Media US Resah Info Tidak Mesra Hegemoni US Di Tiktok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SAN FRANCISCO, 18 September 2022 – NewsGuard, badan pemerhati media San Francisco, Amerika Syarikat mendakwa bahawa aplikasi Tiktok yang kini antara aplikasi pilihan golongan muda telah menyebarkan maklumat yang salah kepada penggunanya.

Menurut dakwaan NewsGuard, TikTok menyampaikan maklumat salah kepada pengguna yang mencari berita tentang politik, perubahan iklim, Covid-19, perang di Ukraine dan banyak lagi.

Selain itu, kajian carian di Tiktok yang dijalankan badan pemerhati media tersebut mendapati 19.5% daripada video yang dicadangkan mengandungi dakwaan palsu atau mengelirukan selain mendakwa walaupun hasil carian di TikTok merekodkan sedikit atau tiada maklumat salah, namun keputusan selalunya lebih polarisasi daripada Google.

NewsGuard juga mendakwa, teori konspirasi yang dipromosikan oleh QAnon dan kononnya resipi buatan sendiri untuk hydroxychloroquine, ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat malaria dan lupus adalah maklumat palsu.

“Ketoksikan dan dakwaan palsu adalah “ancaman yang ketara” di TikTok, yang kini ianya menjadi tempat untuk golongan muda mencari maklumat,” dakwa NewsGuard.

Dalam pada itu, jurucakap Titktok memberi respon dakwaan tersebut dan memaklumkan bahawa garis panduan yang ditetapkan aplikasi tersebut jelas iaitu tidak membenarkan maklumat salah yang berbahaya, termasuk maklumat salah berkenaan perubatan, atau ia akan dikeluarkan daripada platform.

“Kami bekerjasama dengan suara yang boleh dipercayai untuk meningkatkan kandungan berwibawa mengenai topik yang berkaitan dengan kesihatan awam, dan bekerjasama dengan pemeriksa fakta bebas yang membantu kami menilai ketepatan kandungan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: