Tempatan

TULAR: Video Dakwa Warga Asing Bermaharajalela Berniaga, Bising & Pengotor

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 28 Oktober 2022 – Tular sebuah video yang merakam kehidupan warga asing dan pelarian Rohingya yang bermaharajalela di sebuah kawasan, didakwa di Taman Nagasari, di Perai, Pulau Pinang dengan sesuka hati sehingga mengganggu penduduk setempat.

Menurut akaun TikTok @kuasaaliens, penduduk tempatan sering mengadu warga asing yang tinggal di kawasan terbabit membuat bising setiap hari dan kebal berniaga di mana-mana sahaja di dalam kawasan taman tersebut dengan sesuka hati mereka sehingga menyebabkan kawasan itu menjadi sangat kotor kerana mereka tidak mengamalkan kebersihan.

Kawasan tersebut juga menjadi semakin kotor kerana sikap warga asing dan pelarian Rohingya tersebut yang suka membuang sampah merata-rata, demikian antara perkongsian pemilik akaun TikTok tersebut.

Selain itu, warga asing dan pelarian Rohingya didakwa bebas memandu kenderaan dan menjual arak yang diseludup di taman tersebut, selain Taman Nagasari juga mencatatkan peningkatan kes jenayah melibatkan warga asing seperti kes bunuh.

@kuasaaliens berkongsi antara punca lambakan warga asing ini adalah disebabkan mereka menetap di sebuah asrama pekerja bebas dengan satu rumah memuatkan seramai 30 orang pekerja dari kalangan warga asing dan pelarian Rohingya.

Dalam pada itu, isu ini selain mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan penduduk setempat, ia juga memberi impak kepada harga rumah penduduk tempatan sendiri, jelas pemilik akaun tersebut.

@kuasaaliens juga memaklumkan, harga rumah di Taman Nagasari, Perai jatuh disebabkan kedatangan dan gaya hidup warga asing dan pelarian Rohingya di taman tersebut.

“TAMAN NAGASARI, PERAI DI PULAU PINANG TELAH DIJAJAH WARGA ASING DAN PELARIAN. Apa nasib rakyat tempatan di negara sendiri?” kata @kuasaaliens.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: