Majlis Akhir Tahun Tahfiz Dihidang Dengan Gadis Bergelek
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JAKARTA, 17 Mac 2022 – Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan beberapa gadis sedang bergelek tarian ala TikTok menghiasi majlis sebuah sekolah tahfiz di Indonesia.
Video yang dikongsikan oleh @memomedsos di laman sosial Instagram memaparkan tiga orang gadis bertudung sedang ligat menari bergelek di atas pentas Majlis Sambutan Akhir Tahun Persekolahan di Madrasah Diniyah Al Karim II Pasuruan, Indonesia.
Kejadian ini menimbulkan kecaman dari orang ramai yang sangat tidak bersetuju dengan sajian hiburan sebegitu.
“Dalam Islam tidak ada yang begini atau jawatankuasanya tidak faham agama???” ujar nienaaa31 dalam ruangan komen video tersebut.
Felinaranee pula meninggalkan komen dengan berkata, bukan akhir sanah tetapi akhir zaman.
Hidangan tarian itu disahkan oleh pengetua madrasah tersebut, Misbahudin.
Menurutnya, tarian ala TikTok itu sebenarnya tidak ada di dalam senarai agenda Haflah Akhir Sanah madrasah itu.
“Memang kejadian itu berlaku di madrasah diniyah kami, semasa acara Imtihan pada hari Selasa, 8 Mac 2022.”
“Mengenai video tarian itu, ia di luar agenda rasmi kami. Program hiburan itu merangkumi pembacaan puisi, bacaan pidato,” ujarnya.
“Kami akui itu memang kelalaian kami selaku panitia,” kata Misbahudin lagi.