Antarabangsa

Ahli Kongres Republikan Perkenal RUU Haramkan TikTok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 14 Disember 2022 – Ahli kongres daripada parti Republikan, Marco Rubio bakal memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) mengharamkan aplikasi media sosial popular TikTok di Amerika Syarikat (AS).

Lapor portal tempatan, langkah itu diambil bagi mengatasi kebimbangan negara berkenaan terhadap aplikasi TikTok yang boleh digunakan untuk mengintip rakyat dan mengecam kandungan.

Menerusi satu kenyataan, Marco menegaskan, RUU itu memperlihatkan kesemua transaksi daripada sebarang syarikat media sosial bawah pengaruh China dan Rusia disekat.

Dalam pada itu, RUU tersebut diusulkan ketika pemantauan rapi terhadap aplikasi berkenaan mula diadakan secara meluas di Washington beberapa minggu kebelakangan ini.

“Ia merisaukan daripada menggalakkan pentadbiran untuk menyelesaikan semakan keselamatan nasional terhadap TikTok, beberapa ahli kongres telah memutuskan untuk mendesak larangan bermotif politik yang tidak akan berbuat apa-apa untuk memajukan keselamatan negara AS,” jelas jurucakap TikTok.

Selepas pengumuman itu, TikTok akan menyampaikan taklimat kepada ahli Kongres mengenai rancangan untuk ‘mengamankan’ platform berkenaan di AS.

Bulan lalu, Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Chris Wray berkata bahawa TikTok mencetuskan kegusaran keselamatan negara sekali gus mendatangkan risiko apabila kerajaan China dapat manfaat daripada mempengaruhi pengguna atau mengawal peranti mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: