Antarabangsa

Tiktok: Pilihan Gen Z Berbanding Google

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 21 Ogos 2022 – Hasil sebuah kaji selidik mendapati generasi Z (Gen Z) lebih berminat untuk melakukan carian internet melalui laman sosial TikTok berbanding enjin carian popular, Google.

Naib Presiden Kanan Google, Prabhakar Raghavan mendedahkan, hampir 40% Gen Z beralih ke Tiktok untuk melakukan carian atas talian.

Dalam pada itu, perunding media sosial, Adrienne Sheares mengatakan, “Gen Z memiliki jangkauan perhatian yang pendek. Mereka mahu mendapatkan maklumat dengan amat cepat dan tidak mahu melakukan proses saringan atau pengasingan maklumat.”

Sheares juga telah mengasaskan kumpulan tumpuan Gen Z untuk membincangkan tabiat carian mereka. Katanya, generasi tersebut tidak berpuas hati dengan kualiti enjin carian Google kerana kekerapan iklan yang muncul ketika membuat carian.

Tambahnya lagi, TikTok menyediakan beberapa kaedah carian kandungan yang lebih pantas.

“Gen Z menggunakan beberapa kaedah dan melakukan carian seperti anda dan saya lakukan. Namun, mereka juga menyukai ciri For You Page (FYP) yang memaparkan keputusan carian berdasarkan kecenderungan pengguna sebelum mereka mencarinya.”

Fungsi FYP pula ditentukan oleh algorithma TikTok berdasarkan kecenderungan minat pengguna. Justeru itu, melakukan carian menerusi FYP lebih kepada meneroka kandungan berbanding mencari sesuatu yang spesifik.

“Jika anda kerap menggunakan TikTok, ia mengetahui agak banyak maklumat mengenai tabiat maya anda,” ujarnya.

Sheares turut berkongsi bahawa Gen Z lebih cenderung melakukan carian topik ringan seperti resepi, tip fesyen dan cadangan restoran, manakala bagi carian topik lebih serius seperti COVID-19 dan pilihan raya, mereka memilih Google sebagai enjin carian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: