Larang Pengambilan Pekerja LGBT – Pelajar Saman Sekolah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 18 September 2022 – Beberapa kolej yang berorientasikan agama di Amerika Syarikat (AS) telah berdepan dengan beberapa isu berkenaan polisi-polisi berkenaan LGBTQ, yang mana polisi-polisi tersebut lebih rancak dipromosikan sejak pentadbiran Presiden Joe Biden bermula.
Pada Isnin lalu, Universiti Seattle Pacific juga telah mengalami perkara yang sama di mana sekumpulan para pelajar, ahli fakulti dan para pekerja di universiti Kristian tersebut telah bertindak menyaman para pemimpin barisan pemegang amanah universiti tersebut.
Ini berikutan keengganan para pemimpin universiti tersebut untuk menerima golongan gay dan lesbian sebagai pekerja sepenuh masa.
Para plaintif mendakwa bahawa pendirian para pemimpin pemegang amanah tersebut dapat mengakibatkan reputasi universiti itu tercemar, menyusahkan proses pengambilan dan perkara ini juga dapat membahayakan kedudukan universiti tersebut pada masa hadapan.
Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Negeri Washington itu menuntut agar para defendan termasuk presiden interim universiti itu dilucutkan jawatan.
Saman yang sama juga menuntut supaya pembayaran ganti rugi dibuat terhadap sesiapa yang telah terkesan dengan polisi pengambilan pekerja LGBTQ di universiti tersebut.
Ketika majlis graduasi universiti itu pada Jun lalu, sebahagian pelajar telah membuat protes dengan menyerahkan bendera LGBT kepada presiden universiti itu ketika menerima sijil diploma mereka di pentas graduasi.