Tempatan

Sosial Media Bukan Tempat Untuk Tanya Hukum Hakam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2022 – Media sosial seperti TikTok dan sebagainya bukanlah tempat rujukan terbaik bagi memahami hukum hakam agama. Begitu luahan seorang lelaki memberi nasihat supaya aktiviti sedemikian tidak mendatangkan permasalahan atau salah faham yang lebih buruk kerana rujukan utama adalah para ulama, Mufti atau Majlis Fatwa.

“Saya nak pesan sikit kepada mereka netizen yang suka tanya hukum hakam di sosial media ni, di TikTok ni, minta maaf, sebenarnya bukan tempat nak tanya hukum hakam di TikTok, di sosial media,” tegas Azam Azhary.

Ujar lulusan B.A Fakulti Pengajian Islam Universiti al-Azhar itu, tempat untuk bertanyakan hukum hakam sebenarnya adalah di Majlis Fatwa.

“Setiap negeri ada Ahli Fatwa, ada Majlis Fatwa. Kita tanya Mufti, kita tanya Ahli. Bukan mana-mana ustaz kita nak tanya hukum, tidak,” katanya menerusi laman TikTok.

Ulas Azam, peranan pendakwah di sosial media sebenarnya adalah untuk membawa pengguna media sosial kepada ulama, membawa kepada al-Quran, Sunnah, perkara-perkara yang wajib, Fardhu Ain, mengajak kepada perkara-perkara yang baik, yang positif.

“Ada orang, dia bukan ahli ilmu, dia bukan ahli agama, dan walaupun dia ahli agama, bidang dia berlainan; ada yang bidang al-Quran, dia tak boleh nak bincang bab Fekah hukum hakam, ada yang bab qiraat, bab tajwid, ada yang mungkin pakar Bahasa Arab, tak boleh nak bincang bab akidah ataupun bab Fekah. Jadi perlu hati-hati. Bukan semua orang boleh jadi rujukan dalam mengeluarkan hukum dan fatwa.”

Tegas beliau lagi, kerana itulah perkongsiannya banyak menekankan mengenai nukilan yang dikeluarkan oleh Fatwa Negeri dan Fatwa Negara, kerana mereka merupakan ahli dalam bidang hukum hakam.

“Sebab itu kekeliruan berlaku, sekejap pandangan ni, sekejap pandangan tu, sebab semua orang nak keluarkan pandangan, tak bawa kepada ulama, kepada golongan berautoriti.”

“Hukum hakam ni jangan buka ruang di sosial media, di TikTok. Serahkan kepada ahlinya. Nak tanya hukum hakam, tanyalah Ahli Fatwa,” kata beliau dengan tegas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: