Tempatan

Permintaan Badan Penguatkuasaan, Agensi Antara Penyebab Konten Medsos Diturunkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2023 – Atas permintaan daripada agensi atau badan penguatkuasaan adalah salah satu daripada tiga penyebab kandungan diturunkan daripada media sosial.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, dua lagi penyebab kepada kandungan media sosial diturunkan adalah melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mengesan dan menurunkan kandungan secara automatik jika didapati melanggar garis panduan komuniti ditetapkan.

Selain itu, sekiranya pihak KKD menerima laporan daripada pengguna media sosial sendiri yang meminta supaya diturunkan kandungan, maka kandungan tersebut juga akan diturunkan.

BACA JUGA: “Ini Tanah Padayapa kan… Melayu?” – CIJ

BACA JUGA: Perkhidmatan Awam: Ini Soal Gaji, Bukan Peluang & Perkauman – Wan Ahmad Fayhsal

BACA JUGA: Nepotisme Bukan Sekadar Isu Tiada Gaji Atau Elaun – Hanif Khatri

Justeru, beliau memaklumkan sebanyak 197 kandungan di pelbagai platform media sosial diturunkan bagi tempoh Januari lepas kerana melanggar etika penggunaan medium itu.

“Daripada jumlah itu, 101 kandungan adalah yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.”

Fahmi Fadzil yang memaklumkan perkara itu ketika sidang parlimen hari ini juga menjelaskan bahawa Kerajaan memberi jaminan terhadap kebebasan hak bersuara, namun menegaskan bahawa ia bukan bermakna mana-mana pihak boleh menabur fitnah atau menyebarkan maklumat tidak benar kepada orang ramai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: