Tempatan

Kenyataan Asiah Menghina Nabi, Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan – PU Syed

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – Susulan kenyataan Asiah Abd Jalil yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W., pendakwah bebas, PU Syed menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap Asiah Abd Jalil kerana merosakkan Islam dengan fahaman songsang.

BACA JUGA: Produk Ada Gelatin Babi Masih Dijual Dengan Logo Halal – Sumber

BACA JUGA: Diskaun Saman Trafik 50 Peratus 10 Hingga 12 Januari Ini

BACA JUGA: Status Perak Sebagai Negeri Tertinggi Tanah Rizab Melayu Jadi Persoalan

“Hakikatnya Asiah binti Jalil ini sangat-sangat kurang ajar, memang kena ambil tindakan kepada beliau dan jangan lepaskan beliau ini,” tegas beliau lagi.

PU Syed juga berkata, kenyataan Asiah Abd Jalil itu boleh menjejaskan keharmonian agama Islam.

“Sampai bila manusia seperti ini nak diberi muka!?”

Justeru, “Kepada JAKIM, JAIP dan kepada PDRM, SKMM dan terlibat dengan apa disebut sebagai menjaga bahagian teknologi, bahagian media sosial ini, tolonglah ambil tindakan kepada Asiah binti Jalil ini sebab dia ternyata sangat-sangat sesat bila mana menyatakan Rasulullah SAW tidak adil di antara isteri-isteri Nabi SAW dan dikaitkan dengan isu Syamsul yang berkahwin satu lagi.”

Baru-baru ini, Asiah Abd Jalil mengeluarkan kenyataan menyarankan orang ramai tidak mengecam pelakon dan pengarah Syamsul Yusof kerana beliau mengikut semua sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Asiah Abd Jalil menyenaraikan dalam hantaran di Facebooknya sunnah-sunnah yang dimaksudkan termasuk tidak mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya.

“Yang ni pun sama dengan Nabi, Nabi juga tak mampu berlaku adil (rujuk awal surah At-Tahrim, Al-Qur’an ada cerita).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: