Tempatan

Payung Emas, Hadis Palsu – Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 04 Februari 2022 – Tiada istilah payung emas berdasarkan mana-mana hadis, sebaliknya ia adalah hadis palsu, menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Tidak boleh menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu. Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram dan tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

“Kita cuma menolak sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu lantas mengabaikan hak-hak lain.” Ciap beliau di dalam laman sosial Twitter miliknya.

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. (Surah al-Nisa’, 4:3),” jelas beliau.

Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut meninggalkan pesan kepada setiap pasangan agar sentiasa berbincang dengan baik, beri nasihat, dan pandangan, demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan juga anak-anak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: