Bantah Konsert Gelek Di Shah Alam! – PU Syed
KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – “Kami bantah sekeras-kerasnya penganjuran konsert maksiat ini,” tegas Pencetus Ummah Syed, atau PU Syed atas penganjuran Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang bakal diadakan pada September ini di Shah Alam.
Melalui laman Instagramnya, beliau menyeru semua umat Islam untuk bersama-sama menyatakan bantahan ke atas konsert tersebut.
“Ayuh umat Islam!!
Nyatakan bantahan kepada penganjuran Konsert ini!!
Jangan sampai Allah menggoyangkan serta menggoncangkan muka bumi Malaysia ini!!”
BACA JUGA: 3R: Kabinet Setuju Semak Akta Hasutan Lindungi Institusi Raja-Raja
BACA JUGA: PERHATIAN: Lebuhraya KL-Karak Ditutup Buat Sementara
BACA JUGA: Syarikat Elon Musk, Starlink Dibenar Beroperasi 100% Milik Asing – SKMM
Tinjauan di laman komen mendapati seruan bantahan ini disahut oleh warganet.
“Batak betul la. Habis ceramah agama nk batalkan. Konsert mcm ni boleh pulak ada . Barbie betul la dajjal perosak akidah.” Kata firdaushamda1202, seorang pengguna media sosial.
Senada dengannya, lione4321, seorang lagi pengguna Instagram turut berkata, “Saya bantah konsert ini…titik…saya x mau bersubahat dengan mereka2 yg melalaikan…yang pelik2 aje…ceramah sana sini tak dibenarkan, goyang2 bongok dgn bayaran dibenarkan plk…”
Komen cik_atulmohd, seorang lagi warganet, “Boleh plak.. tauliah mengajar agama, ceramah tak boleh pertimbangkan.. apooo… Semoga ALLAH jahanamkan manusia yang menjadikan agama tunggangan mereka untuk menutup rupa sebenar mereka. Jika tidak didunia.. kamu tunggulah mahkamah akhirat. Sakit hati sgt dah nie..”