Tempatan

Mahkamah Syariah Kelantan Perlu Contohi Selangor – Zaid Ibrahim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 25 Januari 2022 – Zaid Ibrahim, seorang pengamal undang-undang menggesa supaya Mahkamah Syariah Kelantan mencontohi Mahkamah Syariah Selangor dalam menguruskan hal poligami.

“Mahkamah Syarie di Kelantan mesti lah bertindak tegas macam di Selangor,” ujar peguam tersebut dalam ciapannya di laman Twitter.

Beliau turut memuji sistem kehakiman di Selangor dan menyifatkan tindakan yang dibuat Mahkamah Syariah Selangor dalam menguruskan permohonan poligami sebagai sesuatu yang ‘adil’.

“Isteri pertama dapat rumah dan kereta sebelum suami dapat berpoligami. Itu lah keadilan. Di Kelantan isteri pertama tak tahu pun,” tambah beliau lagi.

Baru-baru ini, Mahkamah Syariah Selangor membenarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, untuk berpoligami dengan syarat hak-hak isteri pertama beliau dilunaskan.

Seperti yang dilaporkan portal The Star, antara perkara yang dituntut Dr Zaiton Abu Bakar, isteri pertama beliau, adalah sebuah kereta, sebuah rumah ‘penthouse’ dan pemilikan penuh ke atas rumah banglo yang didiami pasangan tersebut di Shah Alam.

Leave a Reply

Back to top button