Gaya Hidup

Mat Kilau: Bukan Filem Sindir Melayu, Epik Sejarah Berjaya ‘Pukau’ Penonton

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Biarpun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, filem fiksyen yang diinspirasikan oleh kisah sejarah pahlawan Melayu ini berjaya memukau penonton dengan aksi dan dialog-dialog ‘menusuk’ yang membuatkan kita terfikir ‘adakah benar aku sayang pada bangsaku’?

Mat Kilau, setiap bait kata-kata dalam filem ini membawa mesej yang bermakna walaupun mungkin disampaikan secara menyindir. Namun semua itu sebagai peringatan dan itulah yang menjadi tonggak kekuatan pahlawan-pahlawan terdahulu.

“Secanggih mana pun senjata penjajah British takkan mampu ‘bunuh’ semangat Orang Melayu…”

“Biar mati, bergadai nyawa, asalkan jangan jadi pembelot…”

Bukan filem tipikal Melayu, hasil garapan Syamsul Yusof seolah-olah membawa kita alami sendiri segala jerih perih, pengorbanan dan roh kepahlawanan demi mempertahankan kedaulatan tanah air.

Memaparkan lakonan mantap Datuk Adi Putra (Mat Kilau), Wan Hanafi Su (Tok Gajah), Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Namron, A.Galak malah boleh dikatakan semua karakter termasuk pelakon tambahan menjiwai dan dapat menyampaikan watak mereka dengan baik.

Berbicara mengenai koreografi seni mempertahan diri, setiap pergerakan dirakam dalam bentuk sinematografi yang jelas, tambahan pula filem ini diserikan dengan kehadiran artis seni bela diri terkenal Indonesia, Yayan Ruhian.

Jika anda bakal menonton filem epik sejarah ini bermula 23 Jun 2022, bersiap-sedialah untuk merasai semangat ‘kemelayuan’ disajikan dengan pelbagai elemen dan plot twist yang pastinya akan memacu adreanalin anda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: