Tempatan

Penjara 1 Tahun Jika Poligami Tanpa Kebenaran Di Kedah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 20  Julai 2022 – Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Keluarga Islam berkaitan undang-undang poligami telah pun diluluskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada hari Isnin.

Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat memberitahu, pindaan RUU Enakmen Keluarga Islam itu melibatkan hukuman penjara dan denda bagi mereka yang didapati bersalah mengamalkan poligami tanpa kebenaran di Kedah.

Sebelum ini, hukuman bagi kes poligami tanpa kebenaran hanyalah penjara enam bulan dan denda RM 1,000 sebelum dipinda kepada penjara setahun serta RM 3,000 denda, menurut beliau.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, poligami perlu mendapat kebenaran mahkamah kerana tidak mahu kelak terjadi perkara yang tidak diingini.

Selain itu, had umur perkahwinan bagi Muslimah juga yang sebelum ini 16 tahun kini dinaikkan kepada 18 tahun.

Mereka yang berusia di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu bagi tujuan perkahwinan.

“Sekiranya hendak kahwin tetapi ada masalah apapun, (maka) boleh dipohon kepada mahkamah.

“Apabila mahkamah mendapati calon itu perlu dibenarkan (berkahwin) walaupun dia (pemohon) umur 16 tahun, boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah. Kalau tanpa kebenaran mahkamah kena denda,” kata Datuk Juhari Bulat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: