Tempatan

Polis Buru Lelaki Conteng Tembok Masjid, Persenda Nabi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUNGAI PETANI, 09 Mac 2023 – Seorang lelaki diburu pihak polis selepas didapati menconteng tembok masjid dengan tulisan mempersenda nabi di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, pihaknya telah pun menerima laporan mengenai kejadian tersebut yang dipercayai berlaku pada pagi Selasa.

Beliau berkata, pihak polis sedang menggerakkan usaha bagi mengesan lelaki yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut selepas meneliti video yang disertakan oleh individu yang membuat laporan.

Katanya, lelaki tersebut telah melakukan contengan itu di bahagian tembok belakang masjid dan tulisan itu telah pun dipadamkan dan dicat semula.

BACA JUGA: PDRM Buka Laporan Kes ‘Rahsia Mafia Korporat’

BACA JUGA: Perbincangan Mendalam Perlu Sebelum ‘Pisahkan’ Pejabat Peguam Negara’, Pendakwa Raya

BACA JUGA: Penceramah Tanpa Tauliah Boleh Dikenakan Tindakan

Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam agar tidak membuat andaian dan menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau turut meminta orang ramai untuk menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis agar siasatan dapat dilakukan bagi mengetahui motif sebenar tindakan tersebut dilakukan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menconteng tembok pagar masjid dengan perkataan kesat dan mempersenda nabi sebelum ‘melarikan diri’ selepas ditegur oleh orang awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: