Antarabangsa

Lebuhraya Jahanam Setelah PM India Rasmikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JALAUN, 27 Julai 2022 – Lebuhraya Bundelkhand sepanjang 296 kilometer yang baru sahaja beberapa hari lalu dirasmikan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi sudah pun mengalami kerosakan yang teruk.

Beberapa buah gambar dan video menunjukkan lubang-lubang yang amat besar di laluan lebuhraya itu tular di media sosial baru-baru ini.

Pihak berkuasa menuduh hujan lebat pada beberapa hari yang lalu sebagai punca utama berlakunya pemendapan jalan serta lubang di atas lebuhraya itu.

Durgesh Upadhyay, jurucakap bagi Lembaga Industri Lebuhraya Uttar Pradesh mengumumkan pemendapan tanah berlaku akibat hujan lebat dan kesemua lubang-lubang itu sudah pun dibaiki serta merta.

Ketua Parti Samajwadi, Akhilesh Yadav berkata, “Ini adalah salah satu sampel kualiti pembangunan separuh masak parti kerajaan. Lebuhraya Bundelkhand telah dirasmikan oleh orang-orang besar dan dalam seminggu sahaja lubang besar korupsi telah pun terdedah.”

“Lebuhraya Bundelkhand yang runtuh cuma beberapa hari selepas perasmiannya membuktikan korupsi kerajaan dalam pembinaan jalan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: