Tempatan

Minum Arak Halang Manusia Dari Rahmat, Kurniaan & Ihsan Allah – PEACE

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 18 Februari 2022 – “Kesan meminum arak menghalang manusia mengingati Allah dan menjauhi mereka daripada rahmat, kurniaan dan ihsan-Nya.”

“Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran, akhirnya mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan hilang ingatan. Ia merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol.”

Ahli Jawatankuasa Unit Dakwah dan Program Bukan Islam (PEACE), Ahmad Fadhlullah Hilmi Mohd. Fazilah berkata demikian di dalam sebuah program “Soal Jawab Tentang Islam” yang diadakan secara talian bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Beliau menjelaskan tentang kesan pengambilan minuman beralkohol ini yang boleh mengakibatkan kecelaruan emosi, tingkah laku dan fikiran, keresahan dan kebingungan, kekeliruan, hilang ingatan sementara atau kekal, kemurungan, kecenderungan untuk membunuh diri dan psikosis.

Kemudaratan minuman keras terhadap sistem saraf dan otak (neuropsychiatry) merupakan kesan jangka panjang dalam kalangan orang dewasa di negara ini.

Antara kesan buruk lain akibat pengambilan minuman keras ini adalah ia menghilangkan rasa kasih sayang akibat jiwa yang dilemahkan serta dikuasai oleh hawa nafsu yang akan saling membenci dan bersengketa sehingga memutuskan hubungan persaudaraan.

Kandungan ethanol dalam minuman beralkohol boleh menindas fungsi sistem saraf pusat serta boleh melambatkan tindak balas fizikal dan mental.

Ethanol juga boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.

Kemudaratan akibat ketagihan arak bukan sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia, malah ia menjadi isu yang semakin teruk apabila kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk semakin banyak berlaku.

Kestabilan hidup seseorang manusia itu sama ada sebagai individu atau anggota masyarakat akan berkait rapat dengan kesempurnaan dan kekuatan akal.

“Lantaran itulah Islam mengharamkan arak,” tambah beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: