Tempatan

Haram Penjualan Arak Kedai Serbaneka Contoh Keterlaluan Pihak Berkuasa – Dr Ramasamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PULAU PINANG, 16 November 2021 – “Pengharaman penjualan arak di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini adalah contoh keterlaluan pihak berkuasa.”

“Begitu juga dengan tindakan kerajaan negeri Kedah yang mengharamkan kedai judi 4D dan arak di kawasan luar bandar, adalah satu lagi contoh keterlaluan pihak berkuasa negeri,” kata Prof Dr Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Menerusi laman Facebooknya, P Ramasamy menyifatkan pengharaman ini sebagai pilihan yang seolah-olah diragut oleh pihak berkuasa.

“Ia bukan sebenarnya tentang pengambilan arak atau penglibatan dalam perjudian.”

“Ia mengenai soal pilihan yang seolah-olah diragut oleh pihak berkuasa yang terlalu bersemangat sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kerajaan tempatan.”

Ujar beliau, rakyat di negara ini mempunyai hak untuk memilih, sama ada untuk mengambil arak atau terlibat dalam perjudian yang dijalankan secara sah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Maka, kerajaan tidak sepatutnya menghentikan kegiatan ini semata-mata kerana ia dianggap menyinggung umat Islam.

Katanya lagi, pengharaman ini adalah satu peranan yang tidak bertanggungjawab dari pihak berkuasa tertentu.

“Peranan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa tertentu yang beranggapan bahawa dengan melarang penjualan arak dan perjudian, mereka melakukan khidmat agama yang besar kepada masyarakat Islam di negara ini.”

Ia juga bukanlah satu tindakan yang kebetulan, tetapi, ia tindakan yang bermaksud untuk menonjolkan imej diri dan parti bagi meraih sokongan orang Melayu-Islam pada pilihan raya negeri Melaka akan terutamanya dengan pertempuran sengit antara Umno dengan Bersatu dan PAS.

“Tindakan ini tidak kena mengena dengan kehendak Islam, tetapi tindakan politik yang terang-terangan dan tidak bertanggungjawab untuk menonjolkan imej kepatuhan kepada Islam,” ujar ahli DAP ini lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: