Tempatan

Polis Lakukan Serbuan Arak Haram Terbesar Di Kampung Orang Asli Broga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 03 September 2022 – Sepasukan polis Cawangan Khas Siasatan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan berjaya membongkarkan kegiatan memproses arak secara haram di sebuah kilang terbiar di Kampung Orang Asli Broga.

Tiga lelaki warga Myanmar berusia 30-an ditahan ketika serbuan manakala dua lelaki tempatan berusia 40-an ditahan pada 30 Ogos susulan siasatan lanjut, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid menurut sebuah portal tempatan.

Ujarnya, serbuan ‘Op Kontraban’ itu berjaya merampas sebanyak 22,848 tin arak haram yang dianggarkan bernilai RM18,748 serta peralatan memproses arak dengan nilai rampasan keseluruhan RM4 juta.

“Saya boleh katakan ini merupakan serbuan arak haram yang terbesar dilakukan polis tahun ini,” katanya.

Siasatan mendapati kilang terbiar di Kampung Orang Asli Broga itu telah dijadikan tempat memproses arak sejak dua tahun lalu dengan menggaji 12 pekerja warga Myanmar.

“Kita syaki arak-arak ini dijual dengan harga antara RM5 ke RM10 setin dan bukan saja untuk pasaran dalam negara tetapi juga dieksport ke luar negara,” kata Datuk Ruslan Khalid.

Kesemua suspek telah direman 12 hari bermula 25 Ogos lalu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: