Antarabangsa

Arak Hanya Dijual Di Zon Khas Semasa Perlawanan FIFA 2022

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 12 September 2022 – Walaupun Qatar melarang sekerasnya penjualan alkohol, ia akan ‘dijual seperti biasa’ ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia FIFA 2022, ujar Ketua Eksekutif Qatar 2022, Nasser Al Khater.

Menjawab salah faham mengenai penjualan alkohol di negara itu, Nasser menyifatkannya sebagai kritikan yang tidak adil dihadapi oleh Qatar. Peminat juga membangkitkan kebimbangan terhadap harga penginapan dan penjualan arak di negara tersebut semasa perlawanan berlangsung.

Lapor agensi media Arab, katanya, “Kami sentiasa menyatakan bahawa penjualan alkohol boleh didapati di Qatar. Kami juga berkata semasa Piala Dunia, kami akan menyediakannya di zon khas untuk para peminat.”

Penduduk Qatar hanya boleh mendapatkan alkohol di sebuah kedai khas kerajaan dan kira-kira 35 bar hotel dan restoran. Namun untuk Piala Dunia, ia akan dijual di zon-zon khas sekitar lapan buah stadium kejohanan sebelum dan selepas perlawanan.

Selain itu, pihak penganjur tidak menyediakan arak secara meluas kerana ingin menjadikan kejohanan Piala Dunia kali ini sebagai acara berorientasikan kekeluargaan. Mereka juga tidak mengulas lanjut mengenai sekatan yang akan dikenakan terhadap individu yang terlibat dengan keganasan atau mabuk di jalanan.

Dalam pada itu, penganjur tidak mendedahkan negara mana yang akan menghantar pasukan keselamatan untuk Piala Dunia tetapi setakat ini, kira-kira 3,250 anggota polis dari Turki telah disahkan bertugas semasa Piala Dunia berlangsung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: