Tempatan

Pemandu Mabuk: “Pesalah Patut Dihukum Setimpal Dengan Perbuatan Mereka”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLUANG, 30 Januari 2023 – “Saya cukup terkilan kerana kemalangan begini sudah kerap berlaku, pesalah sepatutnya dihukum setimpal dengan perbuatan mereka,” luah mangsa kemalangan jalan raya akibat dirempuh pemandu dipercayai mabuk baru-baru ini, Mohd Yusof Othman.

Katanya, kemalangan yang berlaku di Kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing itu telah mengakibatkan anaknya, Nur Hana Humaira yang berusia lima bulan mengalami pendarahan otak dan cedera pada tulang pinggul manakala kakaknya Nur Aisyah Humaira berusia enam tahun mengalami pendarahan pada otak serta bengkak tulang rahang.

BACA JUGA: Lato-Lato, Permainan ‘Haram’ Indonesia Kini Viral Di Malaysia

BACA JUGA: Wanita Singapura Palsukan Keputusan O-Level Dipenjarakan

BACA JUGA: CPTPP: Penindasan Kapitalis Kepada Golongan Marhaen – Pengerusi PEMBELA

“Kedua-dua anak saya ‘ditidurkan’ dan perlu menjalani ujian imbasan, jika ada pendarahan teruk pada otak, mereka akan jalani pembedahan,” ujarnya.

Anaknya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) bersama-sama dengan isterinya yang turut tercedera, menurut laporan sebuah berita tempatan.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, kereta Toyota Vios yang dipandu oleh Mohd Yusoff itu telah dirempuh oleh oleh pacuan empat roda Nissan Navara yang dipandu oleh seorang lelaki sebelum kenderaanya melanggar pokok di lokasi kejadian.

Tular juga video yang menunjukkan kejadian berkenaan apabila pacuan empat roda itu didakwa turut merempuh kenderaan lain sebelumnya.

“Saya berharap keadaan mereka baik, begitu juga dengn isteri. Semua pihak kena ambil pengajaran, mujur hari ini saya masih bernyawa,” luahnya lagi.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker