NGO

“Ayuh Selamatkan Anak Muda Kita Dari Pengendalian Arak” – ISMA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 20 April 2022 – “Ayuh selamatkan anak muda kita dari pengendalian arak. Jika premis itu ada arak, pekerjanya berisiko terlibat dengan jualan arak, pengendalian arak, pengiraan stok arak dan yang paling teruk, mengejar orang yang cuba mencuri arak,” tulis Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Bangi, Bilal Jailani di laman portal ISMAWeb.

Baru-baru ini, seorang pensyarah UKM menghubungi beliau memaklumkan terdapatnya kewujudan penjualan arak di sebuah kedai serbaneka di mana semua pekerjanya Muslim.

Pengurus cawangan untuk kedai yang baru beroperasi sebulan itu mengatakan bahawa dia sendiri tidak bersetuju dengan penjualan arak tersebut namun tidak tahu bagaimana cara untuk mengeluarkan minuman itu dari premis itu.

Pengurus berkenaan lalu berjumpa dengan persatuan penduduk dan menyuarakan berkenaan ketidaksetujuannya.

Perkara tersebut didengari oleh pihak persatuan penduduk dan mereka bersetuju untuk menghantar petisyen bantahan atas nama persatuan kepada pengurus cawangan itu.

Petisyen itu lalu dihantar ke pihak HQ dan usaha tersebut berjaya mengeluarkan arak itu dari rak jualan.

Berikutan itu, beliau menyatakan bahawa peranan komuniti penting bagi membantah penjualan arak dan beliau menyarankan agar persatuan penduduk yang lain mengikuti langkah yang sama.

Berdasarkan rekod statistik sepanjang tahun 2020 sehingga 2021, sebanyak 223 kes yang melibatkan pemandu mabuk dikesan pada waktu malam.

“Umat Islam yang menjunjung nilai kemanusiaan tinggi akan merasa jijik jika komunitinya ada arak,” katanya.

Bahkan katanya, arak merupakan sesuatu yang merbahaya yang boleh menyebabkan keganasan rumah tangga serta penyakit sirosis.

Justeru, beliau berharap usaha tersebut dapat menyediakan persekitaran yang selamat dan sejahtera untuk mereka yang berkhidmat di kawasan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: