Pengharaman Arak: ‘Islamofascists’ Campur Tangan Kehidupan Peribadi Orang – Siti Kasim
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 26 Februari 2022 – Siti Kasim, peguam, menyuarakan bantahan terhadap larangan jualan arak di Kelab Shah Alam, Selangor, menyifatkannya sebagai sesuatu yang bersifat “Islamofascists”.
“Secara perlahan-lahan islamofascists ini masuk campur urusan hidup peribadi orang,” ujarnya dalam sebuah ciapan.
Slowly but surely these Islamofascists are interfering into people’s private lives. Are you all going to meekly accept this kind of intrusion? Or are you going challenge it? Take legal action. Get rid of those who think they have the right to control you. https://t.co/0aeH2olsRd
— Siti Kasim (@sitikasim) February 23, 2022
Siti Kasim yang juga bakal menyertai arena politik di bawah persatuan Gerak Independent menggesa supaya hal tersebut dicabar melalui proses undang-undang.
“Adakah kalian akan dengan lemahnya terima ‘pencerobohan’ ini? Atau kalian akan cabar? Ambil tindakan undang-undang,” tegasnya lagi.
Beliau mengulas sebuah laporan Free Malaysia Today tentang larangan penjualan arak di Kelab Shah Alam yang dikeluarkan pada 12 Februari lalu.
Keputusan tersebut adalah hasil keputusan jawatankuasa Kelab Shah Alam, selari dengan arahan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Larangan turut dibuat ke atas tetamu dari membawa minuman keras sendiri ke kelab tersebut.