Tempatan

“Saya Tak Akan Menangis Kalau Judi Diharamkan” – Bekas Pekerja Kasino

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 17 November 2021 – “Saya tak akan menangis kalau judi diharamkan. Saya dahulu pro-perjudian sehinggalah saya kerja di Kasino dan lihat sendiri kesengsaraan yang perjudian sebabkan,” berikut merupakan ulasan seorang pengguna Twitter berkenaan tindakan pengharaman nombor ekor di Kedah oleh Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi, Menteri Besar Kedah, baru-baru ini.

i-will-not-cry-300x96.png

Pengguna laman Twitter dengan nama pengguna Victor Ulemyr tersebut menyatakan sokongan beliau kepada usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kedah sebagai respon kepada ciapan oleh Siti Kasim yang menyatakan bahawa usul Menteri Besar tersebut boleh dicabar.

“Ini boleh dicabar. Ada sesiapa yang berminat? Mesti tinggal di Kedah dan bukan Melayu,” ujar Siti Kasim dalam ciapan beliau di laman Twitter pada 14 November lalu.

Dalam ciapan tersebut, Siti Kasim memetik artikel Free Malaysia Today berkenaan pengharaman kegiatan nombor ekor di Kedah.

Seorang pengguna laman Twitter lain dengan nama pengguna Hang Muda turut menyokong usul MB Kedah tersebut dan menyatakan bahawa kegiatan perjudian hanya mengikis wang dari golongan miskin.

“Sepatutnya haramkan saja di seluruh Malaysia, bukan sebab Kedah atau PAS, bisnes 4D hanya sedut wang dari golongan miskin, orang tak berada,” kata pengguna laman Twitter terbabit.

Screenshot_2021-11-17-01-43-48-00_0b2fce7a16bf2b728d6ffa28c8d60efb-300x146.jpg

Pengumuman Menteri Besar Kedah baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantah usul tersebut.

Leave a Reply

Back to top button