Antarabangsa

7 Rohingya Mati Kebuluran Dalam Bot

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YANGON, 03 September 2022 – Tujuh dari 65 warga Rohingya yang ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar mati akibat kebuluran dalam sebuah bot.

Media antarabangsa melaporkan, empat penyeludup dan 65 orang Benggali (istilah Benggali untuk merujuk Rohingya seperti yang digunakan oleh ramai orang di Myanmar) yang menaiki sebuah bot telah ditahan sementara oleh pihak berkuasa di Pyapon Township.

Lima lelaki telah ditahan untuk disiasat dan didakwa di bawah undang-undang, manakala lapan wanita lain berada dalam keadaan kesihatan yang teruk kerana cuaca buruk dan kekurangan makanan dan air sewaktu dalam perjalanan.

“Pada masa ini, 59 Rohingya yang lain ditahan di Balai Polis Bogale. Mereka tidak sihat kerana kekurangan makanan dan air,” lapor satu sumber yang tidak dinamakan.

Sebelum ini, negara Bangladesh mendesak agar pelarian Rohingya yang berlindung di negara itu dibawa pulang ke Myanmar.

“Rohingya adalah warga Myanmar dan mereka perlu dibawa balik,” kata Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (PBB), Michelle Bachelet.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: