Antarabangsa

Hamilkan 9 Pelajar : Pengetua Perogol Dipenjara Seumur Hidup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 18 Februari 2022 – “Syaitan bertopengkan manusia”, berikut merupakan gambaran yang sesuai bagi seorang pengetua sebuah sekolah agama yang telah merogol sekurang-kurangya 13 orang pelajar bawah umur hingga mengakibatkan kehamilan seramai 8 mangsa.

Herry Wirawan, 36, didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap mangsa berusia dalam lingkungan 11 ke 16 tahun semenjak lima tahun lepas.

Menurut laman CBS News, sekurang-kurangnya 9 orang bayi luar nikah telah dilahirkan hasil dari perbuatan terkutuk ‘guru agama’ berkenaan .

Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemangsa seksual terbabit.

“Sepatutnya dia mendidik anak-anak muridnya. Sebaliknya dia menggunakan keganasan dan ugutan untuk memaksa anak muridnya mengadakan hubungan seks dengannya,” ujar Hakim Yohannes Purnomo Suryo Ali seperti yang dilaporkan portal CBS.

Perogol terbabit bagaimanapun meminta supaya mahkamah meringankan hukuman ke atasnya atas alasan dia mahu menjaga dan membesarkan anak-anaknya.

Perbuatan keji pengetua tersebut mula terbongkar apabila sebuah keluarga mendapati anak mereka hamil lalu melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Menurut keluarga terbabit, anak perempuan mereka pulang dari asrama untuk bercuti dan mengadukan bahawa kanak-kanak tersebut baru sahaja melahirkan anak.

Pihak pendakwaan memohon supaya pemangsa seksual terbabit dijatuhkan hukuman mati dan supaya dia dikenakan suntikan pemandulan.

Tetapi barisan hakim di Mahkamah Daerah Bandung pada hari Selasa memutuskan suspek hanya akan dihukum penjara seumur hidup selain menolak hukuman untuk memandulkan suspek.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: