Tempatan

3 Juta Manusia Mati Setiap Tahun Disebabkan Alkohol

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 30 Ogos 2022 – Seramai tiga juta kematian direkodkan setiap tahun di dunia berpunca daripada pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan, menurut satu hantaran di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM juga melaporkan sebanyak 11.8 peratus iaitu 1 daripada 10 rakyat Malaysia mengambil minuman beralkohol.

Infografik tersebut juga memaklumkan 1 daripada 2 peminum alkohol minum secara mudarat atau sehingga mabuk dan 1 daripada 10 peminum alkohol minum secara mudarat atau sehingga mabuk sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendedahkan, kematian yang berpunca dari pengambilan alkohol di Malaysia adalah melibatkan kemalangan jalan raya, sirosis hati dan kanser yang mana peratusan lelaki lebih tinggi berbanding wanita.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Unit Dakwah dan Program Bukan Islam (PEACE), Ahmad Fadhlullah Hilmi Mohd. Fazilah dalam satu kenyataan berkata, kemudaratan minuman keras terhadap sistem saraf dan otak (neuropsychiatry) merupakan kesan jangka panjang dalam kalangan orang dewasa di negara ini.

Tambah beliau, kandungan ethanol dalam minuman beralkohol boleh menindas fungsi sistem saraf pusat serta boleh melambatkan tindak balas fizikal dan mental serta Ethanol juga boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: