NGO

Jual Arak Di Premis Tertentu: PERKASA Kedah Sambut Baik Cadangan MB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA KEDAH ( PERKASA ) merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah di akhbar Sinar Harian mengenai penjualan arak yang dicadang akan boleh dijual hanya di premis- premis tertentu seperti di kawasan penduduk bukan Islam sahaja.

PERKASA KEDAH menyambut baik tindakan tegas Kerajaan Negeri berhubung penjualan arak secara terbuka itu, terutama di kawasan majoriti orang Islam di Kedah.

PERKASA juga menyatakan sokongan kepada usaha kerajaan Kedah berdasarkan beberapa faktor iaitu:

1) Sebagai salah satu usaha mengawal pengambilan arak yang berlebihan sehingga membawa kemudaratan seperti kemalangan akibat pengambilan alkohol yang berlebihan.

2) Pengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan seseorang sekiranya ia dijadikan amalan yang berterusan.

PERKASA Kedah  juga menggesa Kerajaan Negeri menggariskan satu panduan kepada premis-premis yang terlibat dengan menetapkan urusan jual-beli arak ini  dikendalikan hanya untuk yang bukan Islam sahaja.

Semoga Kerajaan Negeri Kedah dapat menjadi negeri contoh dari sudut pengawalan penjualan arak secara terbuka kepada semua negeri di Malaysia.

AZROL BIN MANSOR
KETUA PENERANGAN PERKASA KEDAH

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: